Khamis, 18 Februari 2021

SEKTOR KEUSAHAWANAN DAN SKIM PINJAMAN MARA

 

SEKTOR KEUSAHAWANAN

1.1. Pengenalan

·           Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) berperanan dalam mengendalikan program-program latihan keusahawanan MARA. Perlaksanaan program keusahawanan ini dibuat melalui Pejabat MARA Negeri dan Pejabat MARA Daerah di seluruh Negara. Tujuan adanya sector ini adalah untuk Membudaya, mewujud, meningkat dan mengukuhkan usahawan Bumiputera melalui latihan, galakan perniagaan, khidmat nasihat dan kerjasama strategik.





1.2  PERANAN

Program Berstruktur

    Program ini dilaksanakan secara stand alone atau berpakej termasuk Latihan Keusahawanan, Rancangan Perniagaan, Coaching, Penempatan Industri, Simulasi dan sebagainya meliputi aspek berikut:

         -Pembudayaan dan pewujudan

          -Peningkatan dan pemantapa

           -Pemerkasaan dan pengukuhan

 

1.3 Coaching dan Mentoring

Program Coaching dan Mentoring adalah perkhidmatan professional daripada industri / pakar perniagaan yang bertindak / berfungsi sebagai ‘pakar rujuk dan mentor’ berkaitan dalam bidang seperti di bawah :

            -Pembangunan & Kajian

         -Pemasaran / Penjenamaan

         -Perkhidmatan Konsultasi Profesional

        -Kewangan / Perakaunan

        -Persijilan dan Pemiawaian

        -Teknologi , ICT dan Inovasi

 

1.4 Khidmat Nasihat

    Program Khidmat Nasihat adalah satu kemudahan yang disediakan oleh MARA kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mendapatkan bimbingan dalam membangunkan usahawan. Program berbentuk outreach dan khidmat nasihat ini boleh diperolehi melalui 117 buah Pejabat MARA Daerah dan juga 14 buah Pejabat MARA Negeri.

1.5 Program Khas

    Program–program khas yang dianjurkan di bawah Sektor Keusahawanan merupakan program yang dirangka untuk membangunkan usahawan dalam industri berpotensi secara berpakej. Program khas juga termasuk program keusahawanan bertemakan ‘Turun Padang’ yang memberi gambaran kepada aktiviti keusahawanan MARA secara keseluruhan temasuk aktiviti pendidikan, pelaburan dan penglibatan subsidiari MARA.

    Program Khas yang dilaksanakan oleh Sektor Keusahawanan MARA melalui penglibatan Pejabat MARA Negeri (PMN), Pejabat MARA Daerah (PMD), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan syarikat subsidiari MARA. Program ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada keusahawanan di bawah kementerian luar bandar

Antara program khas adalah seperti:

         -Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE)

           -MERCU,

            -HIT Barber

            -MARA in Fashion (MIF)

             -Gate to Global (GTG)

            -Beauty in Business (Biss).

 

Tujuan dan fokus program ini adalah:

1. memberi fokus kepada kejayaan dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi.

2. membantu untuk mengembangkan perniagaan mereka yang berpotensi untuk pasaran luar dan dalam negara.

3. usahawan akan dibantu dengan modal insan melalui pendidikan di bawah mara dengan kursus dan ilmu yang diberi.

 

Industri yang terlibat seperti;

AUTOMOTIF
FOOD AND BEVERAGE F&B

      

PEMBINAAN
PERKHIDMATAN

LIFESTYLE









Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

 Skim Pinjaman MARA / pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.

 13 Jenis Skim Pembiayaan/ Pinjaman MARA 2020/2021

1.     Skim Pembiayaan Belia ( PUTRA )

2.     Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA ( SEMAi )

3.     Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya ( OKU )

4.     Skim Pembiayaan Teknikal ( PUTEK )

5.     Skim Pembiayaan ( DananITA ) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera.

6.     Program Mobilepreneur Food Truck

7.     Program Rantaian Industri ( PRiN )

8.     MARA Integrated Smart Auto ( MiSA )

9.     Skim Kemudahan Mudah Jaya ( SPiM )

10.  SPiM Tekno

11.  Program Galakan Eksport ( GEB )

12.  Skim Jaminan Usahawan MARA ( SJUM )

13.  Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres ( SPiKE )

    Dengan adanya skim pembiayaan yan ditawarkan pihak MARA, para usahawan yang berkelayakan mampu mengatasi kemelut kewangan yang dihadapi dalam operasi perniagaan sehari-hari dan juga dalam mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

     Pembiayaan yang diperolehi seandainya diluluskan boleh digunakan untuk keperluan berkaitan dengan perniagaan seperti membeli asset tetap, keperluan modal kerja, belanja pengurusan dan menyediakan jaminan bank ( i.e BG atau Bank Guarantee yang disyaratkan oleh pihak bank untuk fasiliti pembiayaan dan perbankan )

 Pinjaman atau pembiayaan sebegini akan ditawarkan di bawah kaedah Al Bai-Bithaman Ajil.

    Pinjaman yang diterima juga boleh digunapakai untuk membeli bahan mentah, barang-barang separuh siap, pembelian stok barang-barang siap dan juga kelengkapan alat ganti. Kaedah pinjaman adalah berdasarkan konsep Al-Murabahah.

    Sekiranya memerlukan asset untuk perniagaan, usahawan mempunyai pilihan untuk pembiayaan di bawah konsep Al-Ijarah.

    Di bawah kaedah pembiayaan ini bolehlah dilakukan pembelian berkaitan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih.Usahawan akan menyewa peralatan tersebut daripada MARA.

 

 

Di sini dijelaskan serba sedikit tentang setiap Skim Pinjaman MARA yang tersenarai di atas:

1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)

Menggalakkan penyertaan golongan belia dan lepasan IPMa dalam perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan (pertanian dan penternakan adalah dikecualikan).

Syarat Am

·        Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa

·        Generasi muda/belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik

·        Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa pemohonan

·        Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

·        Bebas dari senarai hitam MARA

·        Perniagaan patuh Syariah

Skop & Jumlah Had Pembiayaan

·        Belian aset perniagaan

·        Modal pusingan

·        Had pembiayaan RM10,000

Tempoh Bayaran

Maksima 3 tahun (36 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

2. Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)

Untuk lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan berjaya menamatkan pengajian.

Syarat Am

Berusia 18 hingga 60 tahun

Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut

Mendapat sokongan pengawal pusat IPMa berkaitan

Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

Bebas dari senarai hitam MARA

Perniagaan patuh Syariah

  vii.          Had Pembiayaan

 

Had pembiayaan : RM50,000.00

Tempoh Bayaran

5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

3. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Khusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental.

 

 

Syarat Am

i.    Khusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental

ii.    Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun

iii.    Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi

iv.  Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut

v.    Mengemukakan kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

vi.    Menjalankan perniagaan sepenuh masa perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan

vii.    Bebas dari senarai hitam MARA

viii.    Perniagaan patuh Syariah

 Had Pembiayaan

RM50,000.00

Tempoh Bayaran

15 tahun (180 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)

Skim Pembiayaan Usahawan Teknikal (PUTEK) bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal iaitu yang berasaskan kepada kemahiran dimiliki.

Usahawan ini akan dibantu untuk membina asas / tapak perniagaan masing-masing untuk satu tempoh masa tertentu sehinggalah mereka mampu untuk berdikari dan menguruskannya sendiri

Syarat Am:

i. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun

ii. Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta

iii. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi

iv. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut

v.  Mempunyai tapak/premis/bengkel perniagaan

vi.  Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

vii. Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun

viii. Bebas dari senarai hitam MARA

ix.  Perniagaan patuh Syariah

 

Syarat Khusus

Perbelanjaan bagi perlindungan insuran adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan Kos Senggaraan adalah tanggungan pelanggan.

Tempoh Bayaran

Maksima 5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

 

Skop Pembiayaan

Belian mesin/peralatan Modal pusingan

Kumpulan Sasar

Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan berjaya menamatkan pengajian Institusi teknikal kerajaan/swasta

Had Pembiayaan

a)      Minimum : RM3,000.00

b)      Maksimum : RM500,000.00

Tempoh Bayaran

Maksima 5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

5. Skim Pembiayaan (DananITA)

Ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera untuk memperhebatan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Syarat Am

i.  Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun

ii.  Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi

iii.  Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut

iv.   Memiliki akaun simpanan sekurang-kurangan bagi tempoh enam (6) bulan terkini

v. Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

vi.   Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan

vii.  Bebas dari senarai hitam MARA

viii.  Perniagaan patuh Syariah

 

Had Pembiayaan

RM50,000.00

Tempoh Bayaran

Maksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

6. Program Mobilepreneur Food Truck

Menggalakkan penyertaan golongan belia untuk menjadi usahawan bergerak mobilepreneur khususnya dalam bidang perniagaan makanan foodtruck sejajar dengan perkembangan industri perniagaan masa kini dengan menyediakan kemudahan pembiayaan.

Syarat Am

i. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun

ii. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi

iii. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut

iv.  Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

v. Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan

vi. Ujian Psikometrik (markah 55% ke atas)

vii.  Bebas dari senarai hitam MARA

viii.  Perniagaan patuh Syariah

Syarat Khusus

a)  Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah

b)  Cadangan dan lokasi perniagaan mendapat pre-approved daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT)

c)   Mengemukakan sebutharga trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal trak)

Had Pembiayaan

a)  Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00

b) Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00

Tempoh Bayaran

4-10 tahun (48 – 120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

7. Program Rantaian Industri (PRiN)

a)      Menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kelas menengah sebagai persediaan menjadi Top Entrepreneur yang menjurus ke arah Global Player

b)      Mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera di sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis dan seterusnya dapat menjadi penyokong Top Entrepreneur dalam skop yang lebih kecil untuk membentuk niche market

c)      Menggalakkan pemindahan teknologi dari luar negara di samping mewujudkan kes limpahan (spill-over effect) dalam membuka peluang dan menarik minat syarikat antarabangsa untuk menjalinkan hubungan perniagaan.

Skop

1.      Perolehan mesin, peralatan dan jentera

2.      Menaiktaraf premis dan ruang kilang

3.      Modal pusingan

4.      Pembelian premis yang berpotensi (kilang dan lot kedai komersial) dan

5.      Mengkomersialkan produk dan perkhidmatan

 

 

8. MARA Integrated Smart Auto (MISA)

Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada yang berkonsepkan 3S merangkumi Sales, Services dan Spare Parts.

Skop

Modal pusingan kerja

Ubahsuai bengkel

Pembelian mesin dan peralatan

Stok

9. Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)

Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada Usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan.

Syarat Am

i.  Permohon yang pertama kali memohon pembiayaan MARA

ii. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun

iii. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi

iv.  Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut

v.  Mempunyai 10% modal sendiri daripada kos keseluruhan projek Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

vi.  Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan Ujian Psikometrik (markah 55% ke atas)

vii. Bebas dari senarai hitam MARA Perniagaan patuh Syariah

Had Pembiayaan

1.      Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00

2.      Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00

Tempoh Bayaran

4-10 tahun (48 – 120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

10. SPiM Tekno

Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan dalam bidang berteknologi tinggi.

 

11. Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera

Program ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan & membangunkan keupayaan pra-eksport PKS Bumiputera yang berprestasi tinggi & berpotensi untuk pasaran eksport dan mewujudkan rantaian bekalan domestik di kalangan PKS Bumiputera.

12. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Kemudahan pembiayaan yang mana panel menawarkan kemudahan pembiayaan menggunakan dana bank dan MARA bertindak sebagai Penjamin ke atas pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan Bumiputera.

Ciri-ciri Produk

a)      Jaminan sehingga 80% daripada pembiayaan bank

b)      Tempoh jaminan sehingga 15 tahun

c)      Yuran jaminan sebanyak 1% setahun

Kriteria

a)      Syarikat milik Bumiputera yang diklasifikasikan sebagai PKS oleh BNM

b)      Terbuka kepada semua sektor ekonomi (tertakluk kepada tahap risiko yang ditentukan oleh bank)

c)      Aktiviti syarikat patuh Syariah

13. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspes ialah pembiayaan projek kepada kontraktor Bumiputera sehingga RM250,000.00 tanpa penjamin atau cagaran.

Syarat Am

a)      Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 tahun ke atas

b)      Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi

c)      Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

d)      Berdaftar dengan PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan (yang berkaitan)

Had Pembiayaan

RM1,000,000.00 (tertakluk kepada maksimum 65% dari nilai kontrak)






SEKTOR KEUSAHAWANAN DAN SKIM PINJAMAN MARA

  SEKTOR KEUSAHAWANAN 1.1. Pengenalan ·             Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) berperanan dalam mengendalikan program-program l...